Thursday, January 14, 2010

Derita

Setelah aku bina satu mahligai indah yang aku harap kau akan menjadi rajanya yang memimpin walaupun aku tau kau banyak kekurangan dan aku juga tidak pernah sempurna. Tapi aku ketepikan kesemuanya itu demi impian yang aku rasa akan menjadi realiti.

Tapi kau lumatkan perasaan aku macam kau nak buat adunan whip potato. Walaupun kau hancurkannya dengan lemah lembut tapi ianya tetap hancur dan tak akan menjadi kembali sebiji kentang yang bulat.

Bukan aku tidak tunggu kau datang. Bukan aku tidak rindu suara kau. Tapi setiap kali kau datang sedih aku menikam-nikam. Aku mahu manja itu  tapi aku tak mampu menderita.

Sudahlah. Berhentilah, kerana aku sudah ada angel yang lebih mulia  dan tahu menghargai  perasaan bernama cinta  dan meletakkan aku di tempat yang paling indah dalam hatinya berbanding kau yang seringkali berbolak-balik tentang aku. Dan aku lebih yakin dengan setia dan kepercayaannya berbanding kau yang sangat goyah walaupun masa kita bersama  adalah sepatutnya  bernilai lebih dari berbilion-bilion kepercayaan.  Aku tau aku ini tiada galang gantinya pada kau, dan kau juga tiada siapa yang mampu menggantinya dalam hidup aku.

Tapi, semuanya sudah aku simpan kemas dan tak akan aku buka kembali segala kotak kenangan kita sebab setiap kali aku mendengar suara kau aku lebih menderita.

No comments:

Post a Comment